PENDETA ZABA DALAM KENANGAN


    Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Zaba.  Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.     Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915.     Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.     Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'.  Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu.  Zaba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua.  Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing.  Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut.  Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.  Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura.  Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama.   Zaba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.     Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.  Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.  Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.     23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.  Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.  Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali.  Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu.  Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.    Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.  Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.
 
[Menu][Sejarah][Lambang][Pendeta Dalam Kenangan][Guru Lelaki] [Guru Perempuan]
[Kakitangan Bukan Guru][AJK PIBG][Kurikulum][Ko-ku][B&K][PENGHARGAAN]