Lambang Sekolah Menengah Zaba, Kuala Pilah

 
Pengenalan
    Lambang sekolah ini telah dicipta oleh En. Yaakub b. Hj. Ujang semasa beliau bertugas sebagai pengetua sekolah ini.  Warna asal ciptaan beliau ialah putih dan biru tua.  Apabila En. Abdul Malik b. Mohd Yatim menjadi Pengetua beliau telah menambah warna kuning dan merah pada lambang sekolah.

Pengertian Lambang
1.     Tujuh tangkai padi yang diikat di bahagain kiri - menunjukkan tujuh buah sekolah kebangsaan  yang pada asalnya menghantar murid ke sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, Sekolah Kebangsaan Pelangai, Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Sekolah Kebangsaan Senaling, Sekolah Kebgsaan Kepis. Ikatan padi ini melambangkan mereka yang disatukan dalam sebuah keluarga Sekolah Menengah Zaba.  Padi dipilih kerana kawasan Kuala Pilah merupakan kawasan penanaman padi  yang menjadi makanan ruji penduduk.

2.    Obor menyala dan sebuah buku terbuka di tengah-tengah lambang menujukkan ilmu sebagai satu suluh ke arah kemajuan di samping murid-muridnya sentiasa bersedia menerima pelajaran terbaru.

3.    Di bahagian kanan, seorang murid melempar cakera - melambangkan semangat kesukanan dan kegiatan luar darjah yang berfaedah yang diamalkan di sekolah ini. Falsafahnya ialah `hanya badan yang sihat sahaja dapat menghasilkan otak yang cergas`.

4.     Bentuk 'V` - bermaksud `Victory` di atas perkataan Sekolah Menengah Zaba, menunjukkan kejayaan yang diharapkan dapat dicapai oleh murid-murid sekolah ini dalam semua bidang.

5.    Cogan kata `Ilmu Itu Suluh` melambangkan kepentingan ilmu dalam merintis jalan untuk terus maju dalam kehidupan seseorang.

6.     Warna merah dalam perkataan SMZ dan cahaya  api- menunjukkan keberanian murid-murid Sekolah Menengah Zaba  menegakkan kebenaran demi untuk kemajuan ilmu dan mempertahankan kedaulatan sekolah mereka.  Juga menunjukkan kecergasan mereka menjalankan kerja-kerja kebajikan sekolah.

7.    Warna biru- menunjukkan kasih mereka terhadap sekolah ini.

8.    Warna kuning - menunjukkan ketaatan mereka terhadap raja dan melambangkan kepatuhan terhadap ibubapa dan orang tua, guru-guru dan ketua-ketua mereka.
 


[Menu][Sejarah][Lambang][Pendeta Dalam Kenangan][Guru Lelaki] [Guru Perempuan]
[Kakitangan Bukan Guru][AJK PIBG][Kurikulum][Ko-ku][B&K][PENGHARGAAN]